Dr. Stephen Carr Leon
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani
housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik
dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala
bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang
perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia
dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata,
perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari
untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu
pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu
kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana seperti kilang
pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk
umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang
saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk
mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,
persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya
cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya
perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu
dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik
bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering
membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak
dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu
saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini
untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih di dalam
kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila
dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan
beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jemu beliau
membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,
dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala
bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut
beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan
mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan
penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang-orang
Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang
sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara
pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama
perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan
biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka,
campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah
suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum
memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi
anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan
hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan
menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di-sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi,
jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar
dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di
Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada
otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal
membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembam). Suatu penemuan yang
dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok
harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ……
tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak
tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam,
diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan
saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu
Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain
piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan
memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu
bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman
untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam
perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya
jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang!!!. Segala
pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran
tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan
ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan
menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan
persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid
ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk,
segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap
diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan
engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan
Universiti.
Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus
jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak
$US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia
dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka
dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang
terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti perniagaan dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu
caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat
mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain
di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau
menggoyangkan kepala, ini dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah
aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya
sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai
kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?
Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang
berminat untuk melakukan perniagaan (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika
mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah
dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk
memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu
lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di
Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan
dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New
York akan disarankan untuk mendaftar pada persatuan ini dan digalakkan
memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya
tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor
pakar.
Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh
dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi
mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu
melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik
klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan
berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali
untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu
dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang
memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan
menembak.
Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh
akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005
amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah
sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini
bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap
pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu
taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan
Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia
walaupun hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya
telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika
anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga
hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok?
Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang
berapa banyak kah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat
dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari
bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa
Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik
sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah
Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler,
bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah,
mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya
ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi
pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi
sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya
mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada
umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat
penuh. Karangannya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon