berilmu beramal

BERIMAN, BERILMU DAN BERAMAL ADALAH PERKARA PENTING UNTUK MENDAPAT KEREDAAN ALLAH SWT. HILANG SATU PERKARA, CACATLAH YANG LAIN.

Search This Blog

Loading...

Friday, July 11, 2014

BOLEHKAH PEREMPUAN SEMBELIH BINATANG ?

DR USTAZAH ASIAH ALI | .

Sebarang soalan untuk ruangan Fiqh Wanita ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

SOALAN:

Bolehkah perempuan menyembelih binatang - ayam dan sebagainya. Adik-beradik saya semuanya perempuan dan ayah saya telah meninggal dunia. Lagi satu, jika boleh, adakah boleh ketika sedang haid?

Mohon penjelasan ustazah.

JAWAPAN:

Hukum wanita menyembelih binatang adalah harus dengan syarat ia memenuhi ciri-ciri berikut:
1.Berakal sihat atau tidak gila,
2.Seorang yang mumayyiz ,
3.Seorang muslim
4.Menyebut nama Allah ketika  menyembelih,
5.Tidak disembelih atas nama lain selain Allah

Kaedah menyembelih mengikut syarak:
1.Membaca Bismillah
2. Membaca bersalawat ke atas nabi SAW
3.Menajamkan alat menyembelih
4.Mengadap kiblat
5.Memotong pada pangkal leher
6.Merebahkan badan haiwan ke kiri
7. Mempercepat proses pemotongan

SEDEKAH BAGI PIHAK SI MATI


DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .

TIDAK ada khilaf dan pertikaian di kalangan ulama sebagaimana dinukilkan oleh Imam Ibnu Abdil Barr, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Ibnu Qayyim bahawa sedekah orang yang hidup bagi pihak si mati memberi manfaat kepada si mati.

Antara dalilnya ialah hadis riwayat Imam Bukhari dan Abu Dawud daripada Sahabat Nabi SAW bernama Ibnu Abbas radiyallahu 'anhuma bahawa Sa'ad bin 'Ubadah radiyallahu 'anhu (1) bertanya kepada Nabi SAW;

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي تُوُفِّيَتْ وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا فَهَلْ يَنْفَعُهَا شَيْءٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ قَالَ فَإِنِّي أُشْهِدُكَ أَنَّ حَائِطِيَ الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَلَيْهَا

Maksudnya: "Wahai Rasulullah SAW, Ibu saya telah mati ketika ketiadaan saya. Adakah memberi manfaat kepadanya sekiranya saya bersedekah sesuatu bagi pihak ibu saya?" Nabi mengiyakan.
Kata Sa'ad; Justeru, saya bersaksikan kamu wahai Rasulullah SAW bahawa kebun kurma saya menjadi sedekah atas pihak ibu saya".

(1) Sa' bin 'Ubaadah adalah pimpinan suku Khazraj di Yathrib dan meninggal di bumi Syam tahun ke 15 H.

Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Aisyah radiyallahu 'anha:

أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ ، وَأَنَا أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ لَتَصَدَّقَتْ ، فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ أَتَصَدََّق ُ
عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ " .

Maksudnya: "Seorang lelaki datang bertemu Nabi SAW dan berkata; wahai Rasulullah SAW, ibu saya telah meninggal secara mengejut sedangkan beliau tidak memberi sebarang wasiat. Saya rasa sekiranya dia boleh bercakap pasti dia bersedekah. Adakah beliau mendapat pahala sekiranya saya bersedekah bagi pihaknya? Baginda menjawab; "ya".

Amalan ini juga disokong oleh Hadis Sahih riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah radiyallahu 'anhu bahawa Nabi SAW bersabda

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: "Apabila mati seorang manusia terputuslah amalannya melainkan 3 iaitu sedekah jariyah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang sentiasa berdoa bagi dirinya."

Hadis diriwayatkan juga oleh Imam Tirmizi, Imam Abu Dawud, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Ibnu Khuzaimah.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah radiyallahu 'anhu bahawa seorang lelaki berkata kepada baginda SAW;

إِنَّ أَبِي مَاتَ وَتَرَكَ مَالًا وَلَمْ يُوصِ فَهَلْ يُكَفِّرُ عَنْهُ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ ٍ

Maksudnya: "Bapa saya telah meninggal dunia dan meninggalkan harta sedangkan dia tidak membuat sebarang wasiat. Adakah menjadi satu kaffarah bagi dosanya sedekah saya bagi pihaknya? Baginda SAW mengiyakan.

Menurut Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, hadis di atas mengandungi dalil keharusan dan galakan sunat bersedekah bagi pihak si mati dan pahalanya sampai dan memberi manfaat kepadanya di samping juga memberi manfaat pahala kepada orang yang bersedekah itu sendiri. Hukum ini telah disepakati oleh umat Islam.

Hadis-hadis ini menggambarkan hasrat tinggi anak-anak untuk melakukan kebajikan yang memberi manfaat kepada ibu bapa mereka yang telah meninggalkan dunia ini. Peluang mereka yang telah mati untuk beramal telah berakhir. Tinggal lagi anak-anak dan zuriat yang mempunyai kesedaran untuk memanjangkan pahala mereka dengan bersedekah.

Cukuplah ibu bapa berbakti menggembeleng tenaga dan harta di saat kita kecil lalu apakah pula kebaktian kita buat mereka melibatkan harta yang kita miliki hasil daripada usaha gigih mereka membesarkan kita?

Bersedekah bagi si mati menjadi satu amalan kebajikan si anak kepada ibu dan bapa yang telah pergi selain daripada doa yang berterusan. Ia termasuk di bawah umum gesaan Allah Taala dalam firman-Nya

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ

Maksudnya: "dan perhambakanlah diri kamu kepada Allah dan jangan mensyirikkan dengan-Nya  sesuatu dan dengan kedua ibu-bapa hendaklah dilakukan ihsan kebajikan." Surah al-Nisa ayat 36.

Hari ini begitu ramai anak-anak yang mewarisi harta benda seperti tanah dan wang tunai daripada ibu bapa mereka yang telah kembali ke rahmatullah hanya ghairah berebut dan mengagihkannya sesama pewaris dan dimanfaatkan untuk peribadi kehidupan dunia mereka. Apatah lagi sekiranya para pewaris sendiri tidak terlalu berhajat kepada harta warisan lalu dibiarkan beku tanpa dimanfaatkan.

Tidakkah mereka terfikir sekiranya sebahagian warisan itu disedekahkan dan diwakafkan bagi pihak ibu bapa mereka ia akan menjadi pahala yang panjang buat mereka yang telah pergi dan menjadi satu kebaktian anak-anak kepada ibu-bapa mereka.

Marilah kita menghidupkan sunnah ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang dijanjikan gandaan pahala ini. -

Sunday, May 11, 2014

Hudud dalam psiki masyarakat Cina



DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | .

Jiwa dan minda adalah perkara yang sangat penting kerana ia akan membuat tafsiran kepada logik yang akan menjadi sikap seseorang terhadap sesuatu isu. Banyak faktor yang mempengaruhi minda seseorang terhasil daripada persepsi yang diterimanya.

Artikel ini cuba meneroka jiwa dan minda dalam logik masyarakat Cina secara khusus merujuk kepad isu hudud yang hangat diperbincangkan mutakhir ini dalam usaha cuba memahami apa yang dibimbangi, dibincangkan dan dipolemikkan mengikut psiki (psyche) masyarakat Cina.

Psike Cina

kaum cina sokong pas oriPsiki atau situasi jiwa dalam dan minda sesebuah masyarakat berbeza daripada satu kaum kepada satu kaum yang lain. Situasi psiki banyak dipengaruhi oleh budaya yang diwarisi turun temurun serta nilai-nilai moral yang menentukan tindak-tanduk sesebuah masyarakat.

Masyarakat Cina mempunyai psikinya yang tertentu dan oleh kerana sejarah mereka yang panjang serta diaspora Cina tersebar ke seluruh dunia maka kehendak secara semulajadi memelihara budaya dan gaya hidup mereka dalam lautan masyarakat yang ada psikinya tersendiri menjadikan pertembungan budaya sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan perasaan yang disepakati bersama dalam masyarakat Cina ialah kebimbangan pencairan berlaku di atas sebab ‘pemaksaan secara sistematik’ sesuatu yang mereka tidak memahaminya.

Isu hudud perlu diletakkan dalam perspektif psiki ini dan ia tidak ada kena mengena penerimaan atau penolakannya atas sebab membenci Islam atau suka kepada Islam tetapi ia dihamparkan atas premis sama ada psike mereka dapat menerimanya atau tidak dan ia terpulang kepada sejauh mana kita dapat temukan psiki Melayu dan Cina di atas jalur dan kerangka yang lebih konstruktif dan objektif.

Psiki Bahasa Mandarin

Bahasa memainkan peranan penting untuk membentuk sesuatu kefahaman dan sebab itu setiap penghuraian konsep akan dimulakan definisi secara bahasa dan istilah. Istilah menerangkan secara tepat dan padat keseluruhan kerangka konstruktif kepada sesuatu konsep dan kategori-kategori yang kemudiannya dihuraikan.

Dalam isu hudud dan istilah Islamik yang lain, psiki Bahasa Mandarin yang terbenam dalam kefahaman pembacanya turut mempengaruhi cara mereka memahami sesuatu istilah.

Contohnya agama Islam dalam Bahasa Mandrin yang dipakai ialah “Hui Chjow” yang membawa maksud “agama kaum Hui”. Kaum Hui difahami sebagai etnik Cina yang memeluk Islam sejak zaman-berzaman.

Islam tidak dipakai dalam maksudnya yang asal tetapi dikaitkan kepada sesuatu etnik di negara China. Parti Islam SeMalaysia (PAS) contohnya diterjemahkan sebagai “Hui Chjow Tang” yang membawa maksud “Parti Agama Kaum Hui”.

Meskipun demikian, usaha-usaha untuk mempopularkan perkataan Islam secara terus dan literal iaitu “Ye Si Lan” dalam fonetik bahasa Mandarin sedang giatkan dilakukan. PAS juga mestilah dikenali dalam bahasa Mandarin sebagai “Ye Si Lan Tang” iaitu Parti Islam.  Ia penting kerana sesuatu perkataan itu mesti sampai mengikut psiki bahasa asalnya dan bukan psiki penterjemahnya.

Hudud

Memahami kebimbangan masyarakat Cina kepada undang-undang hudud ialah dengan kita cuba memahami terlebih dahulu apakah terjemahan kepada Bahasa Mandrin bagi istilah ‘hudud’.

Mereka menterjemahkannya sebagai “undang-undang memotong anggota badan” atau terjemahan terusnya “amputation law”. Walaupun sesetengahnya menterjemahkan kepada “undang-undang jenayah Islam” tetapi penggunaan yang awal itu digunakan disebabkan kebimbangan terhadap hudud.

Samada kebimbangan itu kerana dianggap kejam atau kebimbangan mereka turut ‘dipaksakan’ untuk menerimanya sebagai hukuman.

Bagi saya terjemahan yang lebih hampir pada roh pada semangat hudud adalah “undang-undang jenayah syariah” dan bukan “undang-undang memotong anggota badan”.

Apakah pula istilah “syariah” dalam bahasa Mandarin? Sedangkan istilah syariah membawa maksud panduan fiqah ke atas seorang Muslim dalam keperluan akidah, ibadah dan muamalatnya.

Hudud adalah aspek punitif kepada keseluruhan rangka syariah yang dimaksudkan. Apakah penghuraian ini diberikan keadilan dalam dalam psiki Bahasa Mandrin sekaligus memberi perspektif yang jauh daripada sekadar potong anggota badan atau mengkudungkan anggota badan?

Psiki bahasa yang agak rumit perlu kepada perbincangan akademik supaya Bahasa Mandarin yang dipengaruhi alam Melayu diberikan terjemahan yang lebih menyegarkan dan positif dalam memahami maksud bahasa asalnya.

Kebimbangan

Kebimbangan ada kepada semua anggota masyarakat dan ia menjadi lebih ‘real’ apabila konflik menuntut hak menjadi asas. Psiki masyarakat Cina amat membimbangi  bahasa, budaya dan adat resamnya terhapus dan cair.

bantuan-dap-pas-perlis-pix-650x400Kebimbangan ini terbawa-bawa kepada isu lain yang mereka anggap merampas hak mereka. Bukanlah sangat mereka mempertikaikan hudud hanya untuk orang Islam tetapi mereka sering mengaitkan apa situasinya apabila dua agama yang berlainan Islam dan bukan Islam didapati bersalah maka hanya yang Islam kena hudud  dan yang seorang lagi tidak kena hudud. Dualisme perundangan ini dikhuatiri tidak memberi keadilan kepada pesalah.

Kebimbangan seterusnya ialah apakah jaminan bahawa mereka juga kelak tidak akan dikenakan di bawah undang-undang hudud?

Psiki masyarakat Cina kepada pemerintah juga hasil dari sejarah panjang interaksi mereka bawah pemerintahan dinasti China. Banyak pemberontakan yang berlaku atas nama menentang kerajaan yang tidak adil.

Sifat penentangan ini dalam diaspora masyarakat Cina diterjemahkan dalam perjuangan menuntut hak mereka melalui ruang demokrasi. Hudud bagi psiki politik mereka bukan agenda parti-parti yang mereka bawa ke dalam parlimen.

Mereka mahukan kerajaan yang korup tumbang dan cara mereka ialah menyokong parti yang dapat membawa hasrat ini.  Mereka ada hak untuk mempertikaikan hudud melalui parti yang mereka bawa masuk khususnya Pakatan Rakyat (PR) kerana masyarakat Cina mengundi hampir 80 peratus untuk calon PR.

Walaupun hudud di Kelantan tetapi suara yang hendak meluluskannya di Parlimen juga adalah suara mereka. Psike politik demokrasi hari ini adalah warisan sensitiviti dan keprihatinan mereka dalam hubungan dengan kerangka kuasa yang ada.

Pertembungan Psiki?

Saya tidak melihat isu hudud adalah isu Islam dan anti-Islam kerana ia terlalu simplistik dalam dunia yang penuh komplikasi hari ini. PAS khususnya harus mengurus isu hudud ini melampaui jalur hukum tetapi hendaklah merentasi jalur demokrasi, perundangan dan teknikalitinya serta lebih memahami psiki masyarakat selain Melayu bagi menemukan perjuangannya dalam konteks masyarakat plural hari ini.

Artikel awalan ini cuba untuk merentasi jalur psiki untuk mendalami masalah hudud bukan daripada psiki Melayu tetapi dari minda, jiwa dalam dan intelektual masyarakat Cina.

Thursday, November 21, 2013

MENGAPA ORANG YAHUDI BIJAK

CATATAN OLEH: 
Dr. Stephen Carr Leon


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di-sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembam). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti perniagaan dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan perniagaan (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar pada persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat penuh. Karangannya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Wednesday, November 20, 2013

TAHAP PENCAPAIAN BAGI PELAJAR YANG MENGIKUTI
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D.

BAND
STANDARD
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
2
Tahu dan Faham
1
Tahu


Tuesday, November 19, 2013

GRED MARKAH SPM
GRED BARU SPM
MARKAH
KEPUTUSAN
A+
90 - 100
CEMERLANG TERTINGGI
A
80 - 89
CEMERLANG TINGGI
A-
75 - 79
CEMERLANG
B+
70 - 74
KEPUJIAN TERTINGGI
65 - 69
KEPUJIAN 
C+
60 - 64
BAIK
C
50 - 59
BAIK
D
45 - 49
LULUS
E
40 - 44
LULUS
G
1 - 39
GAGAL
TH
0
TIDAK HADIR


Tuesday, October 22, 2013

KISAH TUFAIL RA DAN ANAKNYA

KISAH SEORANG PENYAIR DARI YAMAN; TUFAIL DAN ANAKNYA


Tufail bin Amru adalah seorang penyair dan pemimpin Qabilah Ad Dausi di Yaman. Beliau datang ke Mekah pada tahun kesebelas kenabian. Ketibaannya disambut dengan penuh hormat oleh penduduk Mekah. Beliau sangat disegani oleh kaumnya dan disebabkan pengaruhnya itu, pihak Musyrikin Mekah bimbang seandainya beliau tertarik pada Islam. Oleh itu mereka telah merancang agar Tufail tidak mendengar apa-apa sahaja yang disampaikan oleh Rasulullah. Mereka berkata kepadanya:

“Engkau datang ke negeri kami, berwaspadalah terhadap seorang lelaki di kalangan kami. Dia menjadi masalah kepada kami. Dia telah memecah-belahkan masyarakat kami dan mengganggu urusan kami. Kata-katanya seperti sihir. Boleh memisahkan antara ayah dan anaknya. Memecah-belahkan sesama saudara-mara, suami dengan isteri. Kami bimbang kalau-kalau dia dapat mempengaruhimu dan kaummu seperti yang berlaku kepada kami. Jangan bercakap dengannya dan jangan mendengar cakapnya walau sedikit.”

Tufail mengikut sahaja kata-kata mereka.

Tufail menceritakan: “Demi Allah mereka terus menerus memperingatkanku dengan perkara itu sehingga aku mengambil keputusan tidak mahu mendengar dan bercakap dengannya. Bahkan aku menyediakan kapas penyumbat telinga supaya cakap-cakapnya tidak sampai kepadaku.

Sehinggalah suatu hari itu, apabila Tufail pergi ke masjid tiba-tiba beliau lihat Rasulullah bersembahyang di sisi Kaabah. Tufail berdiri berhampiran dengan Baginda. Dengan kuasa Allah Tufail mendengar sebahagian dari kata-kata Rasulullah.

Kata Tufail: "Aku mendengarnya dan aku dapati kata-kata yg baik. Aku pun berfikir sendiri, alangkah tidak baiknya kalau aku tidak membuat pertimbangan sendiri. Aku seorang penyair, aku boleh menilai baik dan buruk. Apakah yang menghalangku untuk mendengar dari lelaki ini apa yang diucap olehnya. Kalau baik, aku menerimanya dan kalau buruk aku menolaknya."

Lalu Tufail mengikut lelaki itu beredar pulang ke rumahnya dan masuk menemuinya. Tufail ceritakan kisah kedatangannya dan amaran penduduk Mekah. Tufail meminta Rasulullah menerangkan ajaran yang dibawa Rasulullah kepadanya. Rasulullah menerangkan tentang Islam dan membaca Al Quran.

Kata Tufail lagi, "Maka demi Allah, aku tidak pernah mendengar kata-kata yg lebih baik darinya serta perkara yg lebih adil darinya. Aku terus menganut Islam dan mengikrarkan syahadah yg sebenar.”

Tufail pulang ke Yaman dan menyeru kaumnya kepada Islam termasuk bapanya dan isterinya dan ahli qabilah Ad Dausi. Dengan kuasa Allah, keluarga Tufail dapat menerima Islam yang diajarkan beliau. Namun sayang kerana hanya keluarga beliau sahaja yang menerima Islam tetapi tidak masyarakat Ad Dausi. Walaupun Tufail berpengaruh dalam masyarakatnya, beliau gagal mengislamkn mereka. Ini ujian dari Allah untuk Tufail. Beliau sedih dan kembali berjumpa Rasulullah.

Tufail menceritakan kepada Rasulullah tentang masyarakat Ad-Dausi dan memohon agar turunkan bala kepada masyarakatnya yang degil tidak mahu menerima Islam. Tapi Rasulullah sebaliknya berdoa akan kebaikan kepada masyarakat Ad-Dausi. Rasulullah menyuruh Tufail pulang dan terus menyampaikan ajaran Islam. Dan Alhamdulillah ramai masyarakat Ad-Dausi menerima Islam selepas itu.

Sejak itu hingga Rasulullah hijrah, Thufail menetap di negerinya dan mengajak kaumnya masuk Islam. Sementara itu telah terjadi perang Badar, perang Uhud, dan perang Khandaq. Setelah itu Thufail berhijrah ke-Madinah bersama 80 keluarga kaum Daus, yang kesilamannya tidak disangsikan lagi.

Rasulullah menyambut gembira kedatangan Thufail dan kaumnya dan sejak itu bersama-sama Rasulullah dalam banyak peperangan sehinggalah kota Makkah dibebaskan daripada kekuasaan kaum kafir Quraisy.”

Setelah pembebasan kota Makkah, Thufail bermohon kepada Rasulullah untuk kembali kepada kaumnya dan memusnahkan berhala-hala yang ada di sana.

Rasulullah memberi izin kepada Thufail. Dia berangkat ke tempat berhala tersebut dengan sepasukan. Misinya berjaya dilakukan tanpa pertumpahan darah dan Seluruh kabilah Daus masuk Islam dan menjadi muslim sejati.

Thufail senantiasa mendamping Rasulullah SAW sehingga baginda wafat. Ketika Abu Bakar menjadi Khalifah, Thufail dan kaumnya patuh kepada pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Tatkala berkecamuk peperangan membasmi orang murtad, Thufail turut sama pergi berperang bersama-sama tentera muslimin memerangi Musailamah Al-Kazab (Musailamah si pembohong). Begitu pula putera beliau, ‘Amr bin Thufail, yang selalu tidak mahu ketinggalan.

Ketika dalam perjalanan menuju Yamamah (kawasan tempat Musailamah), Thufail bermimpi

“Aku bermimpi kepalaku dicukur. Seekor burung keluar dari mulutku, kemudian seorang perempuan memasukankku ke dalam perutnya. Anakku ‘Amr berusaha mengikutiku. Tetapi dia tak dapat berbuat apa-apa kerana antaraku dan dia ada dinding.”

“Sebuah mimpi nan indah!” komen kawan-kawan nya.

Kata Thufail, “Sekarang, aku tafsirkan sendiri mimpi ini. Kepalaku dicukur, ertinya kepalaku dipotong orang. Burung keluar dari mulutku, ertinya nyawaku keluar dari jasadku. Seorang perempuan memasukkanku ke dalam perutnya, artinya tanah digali orang, lalu aku dikuburkan. Aku berharap semoga aku tewas sebagai syahid. Adapun tuntutan anakku, dia juga berharap supaya mati syahid seperti aku. Tetapi permintaannya dikabulkan kemudian.”

Benar, dalam pertempuran memerangi pasukan Musailamah Al-Kazab Thufail Ibnu ‘Amr Ad-Dausy, mendapat syahidnya.

Puteranya Amr, meneruskan peperangan hingga tangan kanannya terpotong. Amr kembali ke Madinah meninggalkan tangannya sebelah dan jenazah bapanya di medan tempur Yamamah.

Pada zaman Khalifah Umar bin Khattab memerintah, Amr bin Thufail (putera Thufail) pernah datang ke majlis khalifah. Ketika dia sedang berada dalam majlis, makanan pun dihidangkan. Orang-orang yang duduk dalam majlis mengajak Amr supaya turut makan bersama-sama. Tetapi Amr menolak dan menjauh.

“Mengapa…?” tanya Khalifah. 
“Barangkali engkau lebih selesa makan di belakang. Mungkin engkau malu kerana tanganmu itu.”

“Betul, ya Amirul Mukminin!” jawab Amr.

Kata Khalifah, “Demi Allah! Aku tidak akan memakan makanan ini, sebelum ia kau sentuh dengan tanganmu yang kudung itu. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang sebahagian tubuhnya telah berada di surga, melainkan hanya engkau.”

Mimpi Thufail menjadi kenyataan semuanya. Tatkala terjadi perang Yarmuk, Amr bin Thufail turut berperang bersama-sama dengan tentara muslimin. Amr tewas dalam peperangan itu sebagai syuhada’, seperti yang diharapkan bapanya.

Semoga Allah memberi rahmat kepada Thufail dan kepada puteranya, Amr, syahid di medan tempur Yamamah dan Yarmuk.

SUMBER: HARAKAH DAILY