berilmu beramal

BERIMAN, BERILMU DAN BERAMAL ADALAH PERKARA PENTING UNTUK MENDAPAT KEREDAAN ALLAH SWT. HILANG SATU PERKARA, CACATLAH YANG LAIN.

Search This Blog

Thursday, December 31, 2009

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka
sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku
nescaya dia bersama-samaku
di dalam syurga."
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

1. Matlamat akhir kita ialah mendapat keredaan Allah SWT dan dianugerahi dengan syurga, maka pra syaratnya kita mesti mencintai Rasulullah dengan penuh ikhlas

2. Cara mencintai Rasulullah ialah dengan mengamalkan segala sunnah / Hadis / Al Quran

3. Mengamalkan sunnah bermakna kita mengamalkan segala yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang

4. Seterusnya kita mencontohi keperibadian Rasulullah dalam semua aspek kehidupan

(Semoga berjaya)




ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

1. Khadijah Binti Khuwailid. 2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). 4.Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. 6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy. 8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. 10. Zainab Binti Khuzaimah
(digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

BIODATA NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW.

Alhamdulillahi rabbil a’lamin. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW , seterusnya kepada sekalian ahli keluarga, sahabat, tabien dan tabiet-tabien.

BIODATA NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW.

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan
bapa Rasulullah SAW).

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-
Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

Wednesday, December 30, 2009

MAAF, BLOG INI DALAM PEMBINAAN