berilmu beramal

BERIMAN, BERILMU DAN BERAMAL ADALAH PERKARA PENTING UNTUK MENDAPAT KEREDAAN ALLAH SWT. HILANG SATU PERKARA, CACATLAH YANG LAIN.

Search This Blog

Sunday, November 2, 2014

DAJJAL TELAH MUNCUL

8 Ulama Dunia Bermimpi Dajal Sudah Muncul

 
Hakikat yang sebenarnya hanya Allah SWT yang mengetahui namun suatu ketika yang akan datang ianya pasti akan muncul kerana begitulah Sabda Rasulullah SAW.
Disini saya copy paste artikel dari Shahmuzir untuk memantap ilmu dan amal kita bersama.

Usaha Lindungi Diri Dari Fitnah Dajjal

Keluarnya al-Masih ad-Dajjal adalah antara tanda besar bahawa Hari Kiamat semakin hampir berlaku. Dajjal pasti akan keluar menjelang hari kiamat bagi memesongkan ummat manusia agar sesat dari landasan yang sebenar.

Hal tersebut telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam melalui hadith-hadith Baginda.

Justeru, kita yang berada pada akhir usia dunia ini sangat wajar berhati-hati agar tidak ditipu dan didustai dengan fitnah dan tipu daya si Dajjal itu. Malah sekalian Nabi hingga Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu mengingatkan ummatnya agar berhati-hati terhadap fitnah Dajjal.

Antara usaha yang dapat dilakukan untuk melindungi diri dari terpedaya dengan fitnah Dajjal ialah:
•Memantapkan aqidah supaya dapat mengenali siapa ALLAH dan sifat-sifatNYA. Kerana Dajjal pada kemunculannya akan mengaku dirinya sebagai tuhan dan banyak tipu helah akan dilakukan bagi memesongkan iman dan aqidah manusia.
•Beramal ibadah dengan sebenar-benarnya menurut seperti yang disuruh ALLAH subhanahu wata’ala melalui teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Ini adalah perkara asas dan umum yang mesti kita lakukan, agar iman menjadi mantap.
•Mengenali sifat-sifat Dajjal melalui banyak hadith yang menerangkan nya. Tujuannya supaya kita jadikan ia sebagai panduan untuk mengelakkan diri dari terjebak mengikuti dan mempercayainya.
•Berdo’a kepada ALLAH agar kita dilindungi dari fitnah Dajjal. Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu berdo’a dengan do’a berikut selepas selesai tahiyyat akhir, sebelum memberi salam:


اَللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوْذُ بِكَ

مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ

وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari azab Neraka, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal.”

(Muttafaqun `alaih)

Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahfi.
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal.”

(HR Muslim 809)
•Mengamalkan membaca surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.

“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
•Menjauhkan diri dari berjumpa dengan Dajjal jika mengetahui Dajjal sudah keluar. Atau tinggal di Makkah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2 kota suci tersebut.
“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi ALLAH ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya.”

(HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)

“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah & Madinah.”

(HR Bukhari)

Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kita dari fitnah Dajjal dan memasukkan kita bersama golongan hamba-hamba yang diredhoiNYA, amin…

sumber : muzir.wordpress.com

Friday, July 11, 2014

BOLEHKAH PEREMPUAN SEMBELIH BINATANG ?

DR USTAZAH ASIAH ALI | .

Sebarang soalan untuk ruangan Fiqh Wanita ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

SOALAN:

Bolehkah perempuan menyembelih binatang - ayam dan sebagainya. Adik-beradik saya semuanya perempuan dan ayah saya telah meninggal dunia. Lagi satu, jika boleh, adakah boleh ketika sedang haid?

Mohon penjelasan ustazah.

JAWAPAN:

Hukum wanita menyembelih binatang adalah harus dengan syarat ia memenuhi ciri-ciri berikut:
1.Berakal sihat atau tidak gila,
2.Seorang yang mumayyiz ,
3.Seorang muslim
4.Menyebut nama Allah ketika  menyembelih,
5.Tidak disembelih atas nama lain selain Allah

Kaedah menyembelih mengikut syarak:
1.Membaca Bismillah
2. Membaca bersalawat ke atas nabi SAW
3.Menajamkan alat menyembelih
4.Mengadap kiblat
5.Memotong pada pangkal leher
6.Merebahkan badan haiwan ke kiri
7. Mempercepat proses pemotongan

SEDEKAH BAGI PIHAK SI MATI


DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .

TIDAK ada khilaf dan pertikaian di kalangan ulama sebagaimana dinukilkan oleh Imam Ibnu Abdil Barr, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Ibnu Qayyim bahawa sedekah orang yang hidup bagi pihak si mati memberi manfaat kepada si mati.

Antara dalilnya ialah hadis riwayat Imam Bukhari dan Abu Dawud daripada Sahabat Nabi SAW bernama Ibnu Abbas radiyallahu 'anhuma bahawa Sa'ad bin 'Ubadah radiyallahu 'anhu (1) bertanya kepada Nabi SAW;

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي تُوُفِّيَتْ وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا فَهَلْ يَنْفَعُهَا شَيْءٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ قَالَ فَإِنِّي أُشْهِدُكَ أَنَّ حَائِطِيَ الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَلَيْهَا

Maksudnya: "Wahai Rasulullah SAW, Ibu saya telah mati ketika ketiadaan saya. Adakah memberi manfaat kepadanya sekiranya saya bersedekah sesuatu bagi pihak ibu saya?" Nabi mengiyakan.
Kata Sa'ad; Justeru, saya bersaksikan kamu wahai Rasulullah SAW bahawa kebun kurma saya menjadi sedekah atas pihak ibu saya".

(1) Sa' bin 'Ubaadah adalah pimpinan suku Khazraj di Yathrib dan meninggal di bumi Syam tahun ke 15 H.

Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Aisyah radiyallahu 'anha:

أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ ، وَأَنَا أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ لَتَصَدَّقَتْ ، فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ أَتَصَدََّق ُ
عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ " .

Maksudnya: "Seorang lelaki datang bertemu Nabi SAW dan berkata; wahai Rasulullah SAW, ibu saya telah meninggal secara mengejut sedangkan beliau tidak memberi sebarang wasiat. Saya rasa sekiranya dia boleh bercakap pasti dia bersedekah. Adakah beliau mendapat pahala sekiranya saya bersedekah bagi pihaknya? Baginda menjawab; "ya".

Amalan ini juga disokong oleh Hadis Sahih riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah radiyallahu 'anhu bahawa Nabi SAW bersabda

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: "Apabila mati seorang manusia terputuslah amalannya melainkan 3 iaitu sedekah jariyah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang sentiasa berdoa bagi dirinya."

Hadis diriwayatkan juga oleh Imam Tirmizi, Imam Abu Dawud, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Ibnu Khuzaimah.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah radiyallahu 'anhu bahawa seorang lelaki berkata kepada baginda SAW;

إِنَّ أَبِي مَاتَ وَتَرَكَ مَالًا وَلَمْ يُوصِ فَهَلْ يُكَفِّرُ عَنْهُ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ ٍ

Maksudnya: "Bapa saya telah meninggal dunia dan meninggalkan harta sedangkan dia tidak membuat sebarang wasiat. Adakah menjadi satu kaffarah bagi dosanya sedekah saya bagi pihaknya? Baginda SAW mengiyakan.

Menurut Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, hadis di atas mengandungi dalil keharusan dan galakan sunat bersedekah bagi pihak si mati dan pahalanya sampai dan memberi manfaat kepadanya di samping juga memberi manfaat pahala kepada orang yang bersedekah itu sendiri. Hukum ini telah disepakati oleh umat Islam.

Hadis-hadis ini menggambarkan hasrat tinggi anak-anak untuk melakukan kebajikan yang memberi manfaat kepada ibu bapa mereka yang telah meninggalkan dunia ini. Peluang mereka yang telah mati untuk beramal telah berakhir. Tinggal lagi anak-anak dan zuriat yang mempunyai kesedaran untuk memanjangkan pahala mereka dengan bersedekah.

Cukuplah ibu bapa berbakti menggembeleng tenaga dan harta di saat kita kecil lalu apakah pula kebaktian kita buat mereka melibatkan harta yang kita miliki hasil daripada usaha gigih mereka membesarkan kita?

Bersedekah bagi si mati menjadi satu amalan kebajikan si anak kepada ibu dan bapa yang telah pergi selain daripada doa yang berterusan. Ia termasuk di bawah umum gesaan Allah Taala dalam firman-Nya

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ

Maksudnya: "dan perhambakanlah diri kamu kepada Allah dan jangan mensyirikkan dengan-Nya  sesuatu dan dengan kedua ibu-bapa hendaklah dilakukan ihsan kebajikan." Surah al-Nisa ayat 36.

Hari ini begitu ramai anak-anak yang mewarisi harta benda seperti tanah dan wang tunai daripada ibu bapa mereka yang telah kembali ke rahmatullah hanya ghairah berebut dan mengagihkannya sesama pewaris dan dimanfaatkan untuk peribadi kehidupan dunia mereka. Apatah lagi sekiranya para pewaris sendiri tidak terlalu berhajat kepada harta warisan lalu dibiarkan beku tanpa dimanfaatkan.

Tidakkah mereka terfikir sekiranya sebahagian warisan itu disedekahkan dan diwakafkan bagi pihak ibu bapa mereka ia akan menjadi pahala yang panjang buat mereka yang telah pergi dan menjadi satu kebaktian anak-anak kepada ibu-bapa mereka.

Marilah kita menghidupkan sunnah ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang dijanjikan gandaan pahala ini. -

Sunday, May 11, 2014

Hudud dalam psiki masyarakat Cina



DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | .

Jiwa dan minda adalah perkara yang sangat penting kerana ia akan membuat tafsiran kepada logik yang akan menjadi sikap seseorang terhadap sesuatu isu. Banyak faktor yang mempengaruhi minda seseorang terhasil daripada persepsi yang diterimanya.

Artikel ini cuba meneroka jiwa dan minda dalam logik masyarakat Cina secara khusus merujuk kepad isu hudud yang hangat diperbincangkan mutakhir ini dalam usaha cuba memahami apa yang dibimbangi, dibincangkan dan dipolemikkan mengikut psiki (psyche) masyarakat Cina.

Psike Cina

kaum cina sokong pas oriPsiki atau situasi jiwa dalam dan minda sesebuah masyarakat berbeza daripada satu kaum kepada satu kaum yang lain. Situasi psiki banyak dipengaruhi oleh budaya yang diwarisi turun temurun serta nilai-nilai moral yang menentukan tindak-tanduk sesebuah masyarakat.

Masyarakat Cina mempunyai psikinya yang tertentu dan oleh kerana sejarah mereka yang panjang serta diaspora Cina tersebar ke seluruh dunia maka kehendak secara semulajadi memelihara budaya dan gaya hidup mereka dalam lautan masyarakat yang ada psikinya tersendiri menjadikan pertembungan budaya sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan perasaan yang disepakati bersama dalam masyarakat Cina ialah kebimbangan pencairan berlaku di atas sebab ‘pemaksaan secara sistematik’ sesuatu yang mereka tidak memahaminya.

Isu hudud perlu diletakkan dalam perspektif psiki ini dan ia tidak ada kena mengena penerimaan atau penolakannya atas sebab membenci Islam atau suka kepada Islam tetapi ia dihamparkan atas premis sama ada psike mereka dapat menerimanya atau tidak dan ia terpulang kepada sejauh mana kita dapat temukan psiki Melayu dan Cina di atas jalur dan kerangka yang lebih konstruktif dan objektif.

Psiki Bahasa Mandarin

Bahasa memainkan peranan penting untuk membentuk sesuatu kefahaman dan sebab itu setiap penghuraian konsep akan dimulakan definisi secara bahasa dan istilah. Istilah menerangkan secara tepat dan padat keseluruhan kerangka konstruktif kepada sesuatu konsep dan kategori-kategori yang kemudiannya dihuraikan.

Dalam isu hudud dan istilah Islamik yang lain, psiki Bahasa Mandarin yang terbenam dalam kefahaman pembacanya turut mempengaruhi cara mereka memahami sesuatu istilah.

Contohnya agama Islam dalam Bahasa Mandrin yang dipakai ialah “Hui Chjow” yang membawa maksud “agama kaum Hui”. Kaum Hui difahami sebagai etnik Cina yang memeluk Islam sejak zaman-berzaman.

Islam tidak dipakai dalam maksudnya yang asal tetapi dikaitkan kepada sesuatu etnik di negara China. Parti Islam SeMalaysia (PAS) contohnya diterjemahkan sebagai “Hui Chjow Tang” yang membawa maksud “Parti Agama Kaum Hui”.

Meskipun demikian, usaha-usaha untuk mempopularkan perkataan Islam secara terus dan literal iaitu “Ye Si Lan” dalam fonetik bahasa Mandarin sedang giatkan dilakukan. PAS juga mestilah dikenali dalam bahasa Mandarin sebagai “Ye Si Lan Tang” iaitu Parti Islam.  Ia penting kerana sesuatu perkataan itu mesti sampai mengikut psiki bahasa asalnya dan bukan psiki penterjemahnya.

Hudud

Memahami kebimbangan masyarakat Cina kepada undang-undang hudud ialah dengan kita cuba memahami terlebih dahulu apakah terjemahan kepada Bahasa Mandrin bagi istilah ‘hudud’.

Mereka menterjemahkannya sebagai “undang-undang memotong anggota badan” atau terjemahan terusnya “amputation law”. Walaupun sesetengahnya menterjemahkan kepada “undang-undang jenayah Islam” tetapi penggunaan yang awal itu digunakan disebabkan kebimbangan terhadap hudud.

Samada kebimbangan itu kerana dianggap kejam atau kebimbangan mereka turut ‘dipaksakan’ untuk menerimanya sebagai hukuman.

Bagi saya terjemahan yang lebih hampir pada roh pada semangat hudud adalah “undang-undang jenayah syariah” dan bukan “undang-undang memotong anggota badan”.

Apakah pula istilah “syariah” dalam bahasa Mandarin? Sedangkan istilah syariah membawa maksud panduan fiqah ke atas seorang Muslim dalam keperluan akidah, ibadah dan muamalatnya.

Hudud adalah aspek punitif kepada keseluruhan rangka syariah yang dimaksudkan. Apakah penghuraian ini diberikan keadilan dalam dalam psiki Bahasa Mandrin sekaligus memberi perspektif yang jauh daripada sekadar potong anggota badan atau mengkudungkan anggota badan?

Psiki bahasa yang agak rumit perlu kepada perbincangan akademik supaya Bahasa Mandarin yang dipengaruhi alam Melayu diberikan terjemahan yang lebih menyegarkan dan positif dalam memahami maksud bahasa asalnya.

Kebimbangan

Kebimbangan ada kepada semua anggota masyarakat dan ia menjadi lebih ‘real’ apabila konflik menuntut hak menjadi asas. Psiki masyarakat Cina amat membimbangi  bahasa, budaya dan adat resamnya terhapus dan cair.

bantuan-dap-pas-perlis-pix-650x400Kebimbangan ini terbawa-bawa kepada isu lain yang mereka anggap merampas hak mereka. Bukanlah sangat mereka mempertikaikan hudud hanya untuk orang Islam tetapi mereka sering mengaitkan apa situasinya apabila dua agama yang berlainan Islam dan bukan Islam didapati bersalah maka hanya yang Islam kena hudud  dan yang seorang lagi tidak kena hudud. Dualisme perundangan ini dikhuatiri tidak memberi keadilan kepada pesalah.

Kebimbangan seterusnya ialah apakah jaminan bahawa mereka juga kelak tidak akan dikenakan di bawah undang-undang hudud?

Psiki masyarakat Cina kepada pemerintah juga hasil dari sejarah panjang interaksi mereka bawah pemerintahan dinasti China. Banyak pemberontakan yang berlaku atas nama menentang kerajaan yang tidak adil.

Sifat penentangan ini dalam diaspora masyarakat Cina diterjemahkan dalam perjuangan menuntut hak mereka melalui ruang demokrasi. Hudud bagi psiki politik mereka bukan agenda parti-parti yang mereka bawa ke dalam parlimen.

Mereka mahukan kerajaan yang korup tumbang dan cara mereka ialah menyokong parti yang dapat membawa hasrat ini.  Mereka ada hak untuk mempertikaikan hudud melalui parti yang mereka bawa masuk khususnya Pakatan Rakyat (PR) kerana masyarakat Cina mengundi hampir 80 peratus untuk calon PR.

Walaupun hudud di Kelantan tetapi suara yang hendak meluluskannya di Parlimen juga adalah suara mereka. Psike politik demokrasi hari ini adalah warisan sensitiviti dan keprihatinan mereka dalam hubungan dengan kerangka kuasa yang ada.

Pertembungan Psiki?

Saya tidak melihat isu hudud adalah isu Islam dan anti-Islam kerana ia terlalu simplistik dalam dunia yang penuh komplikasi hari ini. PAS khususnya harus mengurus isu hudud ini melampaui jalur hukum tetapi hendaklah merentasi jalur demokrasi, perundangan dan teknikalitinya serta lebih memahami psiki masyarakat selain Melayu bagi menemukan perjuangannya dalam konteks masyarakat plural hari ini.

Artikel awalan ini cuba untuk merentasi jalur psiki untuk mendalami masalah hudud bukan daripada psiki Melayu tetapi dari minda, jiwa dalam dan intelektual masyarakat Cina.