berilmu beramal

BERIMAN, BERILMU DAN BERAMAL ADALAH PERKARA PENTING UNTUK MENDAPAT KEREDAAN ALLAH SWT. HILANG SATU PERKARA, CACATLAH YANG LAIN.

Search This Blog

Monday, January 11, 2010

SEMUA AMAL PERBUATAN BERMULA DENGAN NIAT


Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya semua amal perbuatan itu hanyalah dianggap benar, sesuai dengan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang itu adalah mengikut apa yang diniatkannya ( balasan amal perbuatan yang dilakukan adalah mengikut niat yang ada dalam hatinya).
Oleh itu, barang siapa yang hijrahnya itu semata-mata untuk mengharapkan keredhaan Allah dan RasulNya, maka hijrah itupun kepada Allah dan RasulNya (diterima dan diredhai), tetapi barang siapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya atau untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksudkan itu.
(Riwayat : Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Kesimpulan:

NIAT YANG BETUL + PERBUATAN MENGIKUT SUNNAH = DITERIMA

NIAT YANG BETUL + PERBUATAN MELANGGAR HUKUM SYARAK = DITOLAK

NIAT TAK BETUL + PERBUATAN BAGUS = DITOLAK

NIAT TAK BETUL + PERBUATAN TAK BETUL = DITOLAK


Niat tak betul = niat bukan kerana Allah SWT seperti kerana wang, kedudukan, ketua jabatan,atau kerana mahu pujian orang dan lain-lain yang seumpama

Perbuatan mengikut sunnah = perbuatan tersebut mengikut garis-garis
sebagaimana yang ditetapkan di dalam Al Quran, Hadis Nabi SAW, Ijmak Ulamak dan Qias.

Perbuatan tak betul = perbuatan, kerja atau amalan sama ada ibadat
ataupun kehidupan harian yang bertentangan dengan kehendak Al Quran dan Hadis.

* perbincangan tentang niat adalah terlalu luas, melibatkan ibadat khusus, ibadat umum, kefardhuan dalam berniat, tujuan berniat dan lain-lain lagi. akan bersambung.*



CONTOH MASALAH:

1. Adakah menghantar orang ke hospital tanpa sebarang bayaran dikira niat yang baik/ikhlas ? Kalau terima wang, maka tidak ikhlas.

Jawapan: belum tentu ikhlas walaupun tidak terima wang, kerana kalau hati merungut, tentu pahala entah ke mana.

Bila kerja ikhlas tak boleh minta duit, ada orang kata begitu. Yalah kalau hati kita tak berkata-kata tak apalah, memang besar pahala menolong orang yang berada dalam kesusahan.

Sekiranya orang yang kita tolong itu memberi kita sumbangan berupa wang, kita terimalah agar hati orang yang kita tolong itu merasa puas. Dan kalau kita kasihan padanya, kita boleh sedekahkan kembali. Maka itu lebih baik.

Atau anda boleh katakan begini, saya boleh tolong tetapi kereta saya tak ada minyak. Mungkin orang yang kita tolong itu dapat bantu kita dari segi wang dan kita bantu dia dari segi masa dan tenaga. Ini juga adalah pertolongan yang ikhlas. Bergantung kepada niat kita. Hanya allah saja yang tahu. Wallahu a'lam.


2. Adakah kerja makan gaji tidak mendapat pahala ?

Jawapan : Ya, mendapat pahala. Malah dikira sebagai ibadat.

Apabila kita buat kerja sama ada makan gaji dengan kerajaan, swasta atau kerja sendiri, kerja kita diberi upah berupa gaji. Kita terima gaji tersebut mengikut perjanjian kita dengan majikan.

Kerja kita menjadi ibadat apabila niat kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal, kita bekerja dengan tekun, tidak mencuri tulang, mematuhi peraturan serta sentiasa menjaga ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain.

* banyak soalan yang lain, ini hanya contoh. Anda boleh kemukakan. Ustaz akan memberi penjelasan sekadar mampu.

1 comment:

SENDIRI said...

Salam..
Sy mitak share ye ilmu2 ini.