http://detikislam.blogspot.com,
|
28 Sep 2013
|
Mereka yang berpangkat doktor
menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging
kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan
kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging
kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Sebenarnya, daging kambing adalah
makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya.
Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai
kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat
dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga
ia digelar terapi kambing.
Daging kambing adalah daging yang
paling baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika
menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan
jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah
kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza
menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka
yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan,
daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah
kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging
lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam
daging kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu
Daging kambing yang rendah kandungan
protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol
akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.
Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan
sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai
kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol
lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol
kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai
dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan
untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih
bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu
jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah
jantung.
Sodium yang digunakan untuk mengawet
daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang
halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu
memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan
seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang
sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia
boleh menyebabkan strok .
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan
Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan
kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi.
Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu
akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil
daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu
darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak
sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak
tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak
mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak
mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan
daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit
terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan
masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit
obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang
tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran
kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar
lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan
gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak
teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat
penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida
akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan
kulit.
Pengambilan protein yang secara
berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah
teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses
ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di
bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih
ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena
cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing
adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan
cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan
Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan
kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem
darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan
membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut dan
lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang
lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya
akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya.
Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).
Mereka yang mengamalkan pemakanan
daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih
sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar
merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.
Inilah tipu helah yahudi untuk
menjatuhkan umat islam terutamanya.
Wallahu'Alam.
No comments:
Post a Comment